Menurut Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2015) Seksyen 10(2), seseorang
Jurutera Siswazah layak untuk memohon sebagai Jurutera Profesional sekiranya
memenuhi syarat-syarat yang berikut:
a) Seorang Jurutera Siswazah yang telah memenuhi keperluan pengalaman praktikal
(min 3 tahun pengalaman yang mana 2 tahun adalah latihan umum "general
training" dan setahun latihan profesional "rekabentuk/tapak"
diawasi oleh Jurutera Profesional).
Dan mestilah seorang yang;
i) telah lulus peperiksaan profesional Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
ii) berdaftar sebagai Jurutera Profesional diluar negara (equivalent).
iii) telah menjadi Ahli Korporat Institut Jurutera Malaysia (IEM).
Jadi, seringkali ada yang bertanya diantara 3 kaedah berikut, bagaimana hendak
memilih laluan yang paling sesuai berdasarkan situasi tempat bekerja,
pengalaman, struktur organisasi, pendapatan dan lain-lain untuk memudahkan dan
mempercepatkan proses anda menjadi seorang Jurutera Profesional?
sekarang saya nak sambung persoalan berkenaan mana satu laluan yang paling
sesuai untuk anda pilih iaitu laluan:
A) BEM (direct)
B) Jurutera Profesional luar negara
C) Ahli Korporat IEM
Berikut adalah pendapat peribadi saya berdasarkan pemerhatian. Mungkin juga
rakan2 lain turut mempunyai pandangan mereka yang tersendiri dan bolehlah
ditambah di ruangan komen.
Laluan A) Jika ditempat kerja anda mempunyai Jurutera Profesional yang sama
bidang kejuruteraan dengan anda untuk dijadikan mentor, maka gunakanlah laluan
A ini kerana ianya merupakan laluan yang paling murah dan yang paling pantas
untuk bergelar P.Eng sekiranya anda lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh
pihak Lembaga. Contohnya jika anda bekerja dengan syarikat perunding, JKR, IWK,
TNB, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain institusi kerana ada ramai Jurutera
Profesional disini yang boleh dijadikan mentor untuk membantu mengawasi
perjalanan profesional anda dari awal kerjaya.
Laluan B) Kebiasaannya merupakan laluan untuk jurutera yang bekerja dengan
syarikat luar negara yang berada diMalaysia ataupun yang memang bekerja di
negara asing. Laluan ini boleh dikatakan laluan yang paling mahal kerana yuran
keahlian didalam matawang (£ atau $). Walaubagaimanapun akhir-akhir ini lebih
ramai juga pensyarah dan pemain industri mula menjadikan laluan B sebagai
pilihan kerana keperluan untuk penyediaan laporan profesional yang lebih
"simplified" dan juga dapatlah menyelam sambil minum air (turut layak
berdaftar sebagai profesional di lebih banyak negara contohnya sebagai
"European Professional Engineer" (33 negara eropah) seterusnya
meningkatkan "mobility" mereka untuk bekerja diserata dunia. Secara
purata, bakal calon perlu memiliki sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja.
Uniknya diluar negara, ada laluan untuk menjadi "Chartered
Engineer-CEng" tanpa perlu memiliki ijazah tetapi perlulah melepasi
penilaian pengalaman yg setara dengan peringkat Master. Walaubagaimanapun BEM
hanya mengiktiraf kelayakan CEng yg mempunyai ijazah diiktiraf oleh Washington
Accord.
Laluan C) Ada juga yang memilih Laluan C atas faktor-faktor tertentu misalnya
di IEM terdapat program yang dinamakan “Engineering Competency Development-ECD”
ibarat seperti program LogBook. Anda boleh atau akan diberikan senarai Mentor2
yg merupakan ahli korporat atau Felo di IEM untuk menyelia pegalaman kerja anda
supaya memenuhi tahap yg telah ditetapkan oleh IEM sebelum layak menduduki
temuduga profesional bagi membolehkan anda menjadi ahli korporat IEM. Saya
sangat galakkan anda ambil program ini jika tiada P.Eng di tempat kerja anda.
Anda perlulah terlebih dahulu menjadi Ahli Siswazah IEM.
Disini saya ingin kongsikan cara terbaru untuk menyiapkan PE melalui The
Institution of Engineers Malaysia (IEM). Di bawah ini adalah cara-cara terkini
nak dapatkan PE anda:
1. Daftar dengan BEM sebagai Jurutera siswazah dengan BEM
2. Memilih dua orang Proposer. Proposer ialah mentor yang kita pilih untuk
menjadi rujukan, penasihat, dan akan menyemak dan paling penting akan memperakui
laporan anda. Proposer mestilah Jurutera PE
yang berpengalaman dan sama bidang dengan anda. Second Proposer (atau
seconder) boleh berlainan bidang kejuruteraan dengan anda. Pendek kata,
pemilihan proposer ini mestilah yang memudahkan dan membantu anda untuk
menyiapkan PE. Contohnya bos anda sendiri ataupun kawan ataupun
sekurang-kurangnya bekerja dengan majikan yang sama. Kalau tiada pilihan
ataupun bidang yang berlainan di tempat kerja, bolehlah memilih proposer di
luar atau kenalan yang lain.
* Note: One of the Proposer/Seconder (Supporter 1, 2 or Supporter 3) must be a Fellow or a Corporate Member (MIEM) of not less than ten (10) years standing with the Institution
IEM menyediakan beberapa form yang boleh dimuat turun secara percuma. Untuk
info, anda boleh memohon PE sama ada berdaftar sebagai graduate member ataupun
tidak dengan IEM. Bezanya adalah yuran permohonan sebagai member adalah RM200,
non-member pula RM300. Form yang perlu dilengkapkan adalah :
- IEM PI A100 – Application Form
- IEM PI A300 – MIEM Application Form
- IEM PI A401 – ANNEXE -Design & Site Experience + IEM PI 0100 – Competency
Standard For PI Oral - Interview (PI 0100 ini adalah untuk rujukan penyediaan
PI A401)
- IEM PI A401 – Training and Experience Report - Portfolio of Evidence
- IEM PI C300 – Development Action Plan
Borang-borang tersebut boleh rujuk di link ini
https://www.myiem.org.my/content/professional_interview_pi_-801.aspx
Langkah seterusnya ialah pengisian atau melengkapkan form atau borang-borang
ini. Untuk makluman, format terbaru ini nampak lebih mudah kerana hanya perlu
melengkapkan form yang disediakan tetapi jangan ingat semudah itu kerana form
PI A401 terdapat 5 kategori kompetensi dan 18 elemen keseluruhan dan anda perlu
menceritakan pengalaman berserta bukti dalam lampiran sekurang-kurangnya 500
patah perkataan tidak termasuk lampiran bagi setiap kategori.
Untuk form ini, nama sahaja form tetapi panjang lebar kandungan yang
diperlukan. Ini disebabkan 18 elemen yang mesti dirujuk dan dipadankan dengan
pengalaman dan bukti yang dikemukakan. Terus terang part ni yang agak mencabar
dan mengambil masa kerana anda perlu korek segala dokumen-dokumen berikut:
- fail-fail teknikal atau projek (kalau masih dalam simpanan),
- sijil-sijil teknikal
- buku kejuruteraan yang dirujuk dalam pekerjaan sebenar (jika perlu)
- lukisan kejuruteraan
- laporan rekabentuk (kalau boleh ada nama anda dalam laporan)
- surat menyurat (samada tandatangan sendiri atau untuk boss)
- minit mesyuarat (nama ada dalam minit)
- Laporan teknikal di tapak (kalau boleh nama ada dinyatakan dalam laporan)
- Method of statement teknikal yang dirujuk
- Bukti penyelesaian isu teknikal di tapak
- Bukti penglibatan dalam projek
- Bukti sebagai designer kejuruteraan (contoh: pengiraan beban rasuk bangunan
secara manual dan bukannya ditaip dengan
komputer) dan macam-macam lagi bergantung dengan konten form masing-masing
Sekiranya part PI A401 berjaya disiapkan maka anda secara langsung telah
berjaya menyiapkan laporan anda lebih kurang 50%. Anda perlu menyiapkan satu
laporan teknikal sebanyak 4000 hingga 6000 patah perkataan. Sekiranya laporan
teknikal ini siap, maka anda telah berjaya menyiapkan 80% laporan anda. 20%
lagi ialah form – form yang ringkas dan mudah.
Laporan atau form hendaklah diderafkan kepada proposer tadi untuk komen dan
semakan. Sekiranya kedua-dua proposer berpuashati, maka final report / form
diperakui dan setiap helaian dicop dan ditandatangan.
Akhir sekali, laporan / form yang siap hendaklah disediakan dalam tiga salianan
seperti berikut:
Untuk diserahkan kepada IEM – 1 original + 1 copy
Untuk simpanan dan rujukan sendiri – 1 copy
( tapi rasanya mulai tahun 2022 IEM sudah membenarkan calon hanya memuatnaik borang dan report secara atas talian di website IEM) Serahan boleh dibuat samada melalui IEM di setiap negeri atau terus kepada HQ IEM untuk lebih pantas dan jimat masa. Borang-borang tersebut mestilah mengikut piawaian dan keperluan yang diberikan oleh pihak IEM dan Kemungkinan besar juga, Borang-borang anda akan ditolak oleh pihak IEM dan perlu dibuat pembetulan yang sewajarnya sekiranya tidak memenuhi keperluan tersebut.
Setelah hampir EMPAT (4) bulan menunggu, Pihak IEM akan memberi maklum balas kepada kita berkenaan dengan Proses Temuduga Jurutera (PI) yang akan dijalankan dan pada waktu ini juga nama kita akan dimasukkan dalam Buletin IEM Sekiranya terdapat Ahli Korporat yang mempunyai bantahan terhadap mana-mana calon yang didapati tidak sesuai untuk menduduki Temuduga Jurutera Profesional (PI).
Calon akan dipanggil untuk sesi Temuduga Profesional ini melalui panggilan telefon dan emel rasmi. Sentiasa cakna dengan panggilan telefon dan emel rasmi masing-masing berkenaan dengan pemakluman Temuduga Profesional ini.
TEMUDUGA PROFESIONAL/PROFESSIONAL INTERVIEW
Untuk Temuduga Jurutera Profesional (PI) yang bakal berlangsung nanti, terdapat DUA (2) sesi penilaian yang akan dijalankan .Antaranya adalah :
1) Temuduga bersama DUA (2) orang panel
2) Menjawab soalan Esei Projek & Kod dan Etika (Esei Bertulis)
• Soalan-soalan Esei bagi Kod dan Etika boleh rujuk di link ini
https://www.myiem.org.my/content/professional_interview-257.aspx
Terdapat DUA (2) bahagian dalam sesi Temuduga Profesional ini:
1️⃣ The Oral Examination (Tempoh masa 1.5 jam diberikan) dan merangkumi aspek berikut:-
🔸 Introduction
🔸 15-Minute Presentation by Candidate
🔸 About 60 Minutes of “Questions & Answers” Session
🔸Opportunity for Final Evidence
🔸 Conclusion
Sesi pembentangan pula adalah berkaitan dengan Training & Experience Report (Portfolio of Evidence Form) yang telah disediakan oleh calon semasa menyerahkan PI Application Documents.
2️⃣ The Written Examination (Tempoh masa 1.5 jam diberikan) dan ada 2 bahagian:-
🔸Section A: Technical Essay
- Calon akan diberikan pilihan DUA (2) soalan berkaitan aspek teknikal, dan hanya perlu jawab 1 soalan sahaja.Soalannya adalah berkisar dengan Laporan Teknikal dan Dokumen Teknikal yang telah dihantar oleh calon.
🔸Section B: Ethical Essay
- Calon akan diberikan pilihan 13 soalan daripada IEM Regulations on Professional Conduct, dan hanya perlu jawab 1 soalan sahaja.
Diharap info asas ini dapat membantu para Jurutera yang layak bagi membuat persediaan untuk mendapatkan gelaran Professional Engineer (Ir.) kelak melalui Temuduga Profesional (PI) di bawah kelolaan IEM.Sekiranya ada bantuan, saya sedia untuk membantu.